Penglibatan, penggembelingan dan bantuan semua pihak yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan Perakaunan Akruan adalah amat penting diatur, diselaras dan digerakkan secara bersepadu dan terancang agar pelaksanaan ini dapat berjalan dengan lancar sepertimana yang telah ditetapkan. Pekeliling Perbendaharaan Bil 4 Tahun 2013 telah dikeluarkan khusus untuk menjelaskan peranan dan tanggungjawab Pegawai Pengawal dalam pelaksanaan Perakaunan Akruan di peringkat kementerian.
Jesteru itu, pelaksanaan projek ini adalah merupakan KPI setiap Pegawai Pengawal dan mereka bertanggungjawab bagi memastikan tadbir urus pelaksanaan projek ini berjalan dengan lancar. Mereka juga dikehendaki mewujud dan mempengerusikan Jawatankuasa Pelaksanaan Perakaunan Akruan di peringkat kementerian masing-masing seperti di Rajah 1.
RAJAH 1: KEAHLIAN JAWATANKUASA PELAKSANAAN PERAKAUNAN AKRUAN KEMENTERIAN (JPPAK)
Seterusnya bagi menjamin dan memperkasakan kelancaran proses pelaksanaan perakaunan akruan ini, JANM telah mewujudkan rangkaian agen perubahan di kementerian dengan melantik Change Ambassador, Change Network Agent dan juga Change Agent. Struktur rangkaian agen perubahan ini adalah seperti di Rajah 2. Peranan mereka adalah sebagai pakar rujuk, pemudahcara dan jurulatih dalam usaha memantapkan semua aspek polisi dan piawaian berdasarkan MPSAS. Selain itu, meningkatkan tahap kefahaman berkaitan proses dan prosedur kerja serta komitmen semua pegawai yang terlibat di dalam pelaksanaan projek ini. Adalah diharapkan dengan adanya rangkaian agen perubahan ini akan dapat menyelaraskan segala tindakan dan mewujudkan komukasi yang berkesan di antara JANM dengan kementerian yang terlibat.
RAJAH 2 : STRUKTUR CHANGE AGENT NETWORK